Pengertian Logo

logo

Logo ini berbentuk bintang yang mempunyai 29 penjuru melambangkan 29 tahun kemerdekaan. Hujung sudut bintang di setiap bulatan menjangkau hujung sudut bintang dalam rangkaian empat bulatan menandakan penglibatan empat daerah. Setiap bulatan dalaman mempunyai empat warna berlainan menandakan empat daerah dan hujung sudut bintang dalam bulatan yang memancar keluar untuk bersaing dalam dunia luar.

Dalam pusat bulatan terletak Panji-panji Negara yang dikelilingi oleh bulatan berwarna hijau dan kuning. Warna hijau adalah sebagai lambang keIslaman serta Negara Zikir dan kuning sebagai warna Diraja. Dua bulatan berkenaan melambangkan pautan masyarakat Brunei kepada Islam dan kedaulatan Raja.

Secara keseluruhannya, logo ini melambangkan tema “Negaraku Brunei Darussalam” melalui simbolisme 29 penjuru bintang menandakan 29 tahun kemerdekaan, empat daerah yang bersatu padu sebagai Negara Zikir dengan kedaulatan kepada Raja sebagai paksi utama.

Logo direka oleh Awang Keeran Dato Paduka Janin